Monday, January 13, 2014

Salam Perkenalan ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya Nasir Yusof, berasal dari Teluk Intan, Perak dan kini bermastautin di Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.

Hari ini, 14hb. Januari 2014, saya membina blog ini setelah beberapa kali tertunda kerana kesibukan urusan seharian. Syukur Alhamdulillah, hari ini ada kelapangan masa dan akhirnya dapat juga meluangkan masa untuk membinanya. Blog ini tidak akan siap pada hari ini. Ia akan sentiasa di update dari masa ke semasa.

Tujuan blog ini di bina adalah untuk perniagaan kecil-kecilan saya dalam bidang martial art. Barang yang saya niagakan di dalam blog ini tidaklah banyak kerana modal saya yang agak terhad. Saya bercita-cita untuk menambah barangan martial art dari masa ke semasa bersesuaian dengan modal saya yang agak kecil.

Bagaimana perniagaan ini bermula? Ia bermula pada pertengahan tahun 2013 dimana ketika itu dua orang anak lelaki saya ingin memiliki beberapa peralatan atau barangan sukan taekwondo seperti Taekwondo Glove, Punching Mitt Target, Side Kick Target dan Punching Bag.

Saya pergi mendapatkan barangan sukan tersebut dibeberapa buah kedai sekitar Lembah Klang. Saya agak tersentak kerana harga barangan tersebut tidaklah murah seperti yang diharapkan. Saya hanya membeli beberapa barangan sahaja yang termampu. Saya terfikir, tiadakah jalan lain untuk mendapatkan harga yang agak murah dan mampu dimiliki oleh anak-anak sahabat yang lain. Harga barangan yang tinggi boleh membantutkan minat seseorang terhadap sesuatu sukan itu.

Dipendekkan cerita, ketika pulang ke kampung, saya terserempak kembali dengan seorang rakan lama yang menjalankan perniagan membekal peralatan sukan untuk martial art. Harga yang ditawarkan agak murah tetapi saya terpaksa mengambil atau membeli dengan bilangan yang ditetapkan.

Saya mengambil keputusan untuk membeli beberapa barangan yang saya fikirkan akan diminati oleh peminat sukan martial art dan BERKONGSI HARGA MENARIK dengan mereka. Dengan cara ini, saya dapat membantu peminat sukan martial art memiliki barangan dengan harga yang lebih rendah dan mampumilik.

Saya tidak ada kedai dan menjual barangan ini melalui www.mudah.my sahaja. Dengan ini, harga dapat dikurangkan kerana saya tidak perlu menyewa kedai dan membayar gaji pekerja.

Kepada anda diluar sana yang meminati sukan martial art, saya kongsikan disini beberapa barangan yang saya jual. Barangan saya tidak banyak buat ketika ini. Jika ada modal yang lebih besar, mungkin saya akan membawa masuk lebih banyak produk lagi.

Anda boleh melayari blog ini dan melihat barangan tersebut. Jika anda berminat, anda boleh menghubungi saya melalui talian 013-6290666 (Nasir Yusof). Jika anda ingin melihat barangan tersebut, anda boleh membuat temujanji dengan saya di PETRONAS SEKSYEN 20, SHAH ALAM, berdekatan dengan KPJ Medical Centre, Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment